Wednesday 10 December 2014

Nutriwhite Gentle Action Makeup Remover


  • Melicinkan, melembutkan dan menyerikan kulit anda
  • Tunas Pokok Bic bertindak lembut untuk menyingkirkan sel kulit mati dengan menyeluruh tanpa merosakkan kulit
  • Aloe menyegarkan dan menegangkan kulit
  • Rumusan ringan, tidak berminyak dengan aroma yang menyegarkan

Perunding Shaklee Anda [ID:867123] | 013-2887852

DIY: Cloth Pad

Tak tahu la cemana boleh terjebak dengan cloth pad ni pulak.

Go green katenye...hehe ^_^

Antara alasan saya berubah angin ni sebab saya ada terbaca 1 post sorang mak bidan ni kata period dia yang keluar sikit-sikit setiap bulan dah kembali normal sejak amalkan pakai cloth pad ni. Saya pun ada masalah yang sama.

Alasan kedua, masa sibuk-sibuk perang di Ghaza dulu ada 1 artikel kata yahudi cuba rosakkan rahim umat Islam melalui penggunaan pad. Allahu a'lam betul ke tidak. Tapi tak mustahil sesuatu yang buruk boleh terjadi akibat penggunaan pad bertahun-tahun lamanya kan...lagipun, tak baik untuk persekitaran jugak.

Ingatkan susah sangat nak buat cloth pad sebab tengok harga yang orang jual tu mak aiii...kussss semangat! Harga tu ikut kualiti material la tu...

Untuk cloth pad ni saya guna kain-kain re-cycle je kecuali cotton flannel yang saya beli RM5 semeter di Nagoya Aeon Big Wangsa Maju. Semeter tu pun boleh dapat lebih dari 6 helai.

Ok jom tengok cara-cara nak buat cloth pad...

Ada banyak pattern pad ni di internet. Salah satunya ialah di http://tipnut.com/free-pattern-for-washable-feminine-menstrual-pads/

Bahagian Luar:
Perca kain cotton
Cotton flannel

Bahagian Dalam (Ikut urutan. Paling atas adalah lapisan pertama):
Cotton flannel
Tuala - recycle
Microfibre supaya tak bocor - saya beli di Mr. DIY. Daiso pun ada

**Boleh ikut keselesaan sendiri sebab masing-masing tahu 'flow' haid masing-masing kan. Saya guna 3 je sebab taknak tebal sangat dan it's ok)




Langkah-langkah:

1. Dapatkan patern pad sama ada ukur sendiri atau print dari sini http://shewhorunsintheforest.googlepages.com/padliner.pdf

2. Tekap pattern pada kain dan potong. Tekap pada 2 helai kain terus ye...senang kerja. Tekap bahagian wings sekali ye. Untuk wings, bahagian belakang tu saya guna perca kain cotton. Bahagian depan saya guna cotton flannel.

3. Jahit sekeliling mengikut pattern yang dah dilukis. Potong lebihan basi. Taknak tebal sangat sebab kita nak terbalikkan nanti jadi tebal.

4. Susun kain untuk bahagian dalam dan potong ukuran 3 inci x 7 inci (adjust semula kalau nampak tak selesa di step 7). Cara saya, mula-mula flannel, tuala, microfibre. Kemudian jahit ye...

5. Maka terhasillah macam dalam gambar tu.

6. Potong bahagian tengah macam dalam gambar supaya kita boleh terbalikkan kain macam gambar (7). Gosok dengan iron supaya nampak kemas.

7. Masukkan kain bahagian dalam ke dalam pad kita tu. Pastikan bahagian paling bawah dalam pad berada di atas ketika memasukkan isi pad tu. Kemudian gosok sekali lagi supaya tak terlalu tebal.

8. Jahit pad di atas bahagian wings macam dalam gambar. Untuk pelekat, saya guna pelekat velcro yang 'zrap2' tu. Nak guan butang katup, tak berapa nak gigih menjahit...hehe ;-D

. . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . . .

Selain dari fabrik yang saya guna tu, korang boleh guna fabrik-fabrik dari website-website ni ye...

Fabrik-fabrik lain yang sesuai
i. 
Bamboo fleece & Velour - Sweet Pretty Stuff  atau Bamboo Lite


ii. Bamboo fleece, mocrofleece & hemp fleece - Nisa Abas
iii. Seudocloth, good for the top layer close to skin - Lampinkain


 Lapisan Fabrik kalis air 

1) Fabrik PUL . Kat mana nak beli?
i. Sweet Pretty Stuff
ii. Nice Cloth Diaper
iii.Lampinkain
iv.Nisa Abas


2) Fabrik 'payung'. Tapi jangan koyak payung yang elok tu pulak...cari la yang recycle. Walaubagaimanapun, lapisan kalis air ni bukanlah wajib, tak letak pun boleh. Sekali lagi, ikut keselesaan sendiri.

~ Ok dah siap. Kalau tak faham jangan malu-malu tanya ye..Selamat mencuba ~

Perunding Shaklee Anda [ID:867123] | 013-2887852

Monday 8 December 2014

Vitamin C - Vitamin Wajib Untuk Cantik

Dalam entri kali ni saya nak cerita bagaimana vitamin C membantu dalam kecantikan kulit.

Bab ni memang seronok ye dok? Perempuan kata kan...



 


1. Vitamin C membantu pembentukan kolagen

Kolagen adalah struktur yang terlibat dalam pembinaan tulang, gigi, sendi, otot dan kulit. Perkataan kolagen itu sendiri berasal dari Yunani yang bererti lekat atau bersifat sebagai pelekat.Sebab itulah si pengamal akan mendapati kulitnya lebih licin, tegang dan cantik, dan luka cepat sembuh kerana ia membentuk perhubungan tisu badan yang kuat.

2. Vitamin C memelihara salur darah

Vitamin C diperlukan untuk menjaga salur darah agar tidak mudah pecah, mencegah pengerasan salur darah, membantu proses metabolisma kolesterol iaitu pembentukan asid hempedu yang penting dalam proses pemecahan lemak. Sebab itulah mereka yang menghidap darah tinggi amat digalakkan mengambil vitamin C bagi mengelakkan stroke dan jantung tersumbat.
Untuk mendapatkan kulit yang sihat dan cantik, peredaran pun perlulah cantik jugak. Sebab tu vitamin C sangat penting.

3. Detoksifikasi

Vitamin C berupaya mencantumkan bahan logam berat seperti plumbum, raksa, arsenik dan lain-lain toksik menjadikan ianya tidak bahaya pada buah pinggang dan dapat dinyahkan daripada badan dengan lebih mudah. Mereka yang merokok patut menjadikan vitamin C sebagai kawan baik kerana ia dapat membersihkan darah dan mengelakkan buah pinggang anda daripada mengalami kerosakan yang teruk.

4. Vitamin C juga berperanan dalam pengeluaran hormone antistress dan interferon (hormone fungsi imun). 

Mengikut doctor Bruce Miller, the more you stress the more you need vitamin C. Kita tahu bahawa stress boleh memusnahkan vitamin C dan oleh kerana kekurangan vitamin C sistem keimunan kita menjadi lemah dan mudah diserang penyakit.

Saranan pengambilan vitamin C untuk cantik

Kita digalakkan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran 5 kali sehari. 

Haa..ko mampu? Kenyang makan buah je nanti...hehehe ^_^

Kalau tak mampu, kita makan Sustained Release Vita-C Plus je lah. Sebiji tablet mengandungi 500mg vitamin C. Khasiat vitamin C-nya bersamaan dengan 7 1/2 biji buah oren.



Saya makan 2 biji sehari. Nak cantik punya pasal...tapi jangan risau kerana vitamin C ni jenis vitamin larut air. Maksudnya, vitamin yang berlebihan akan dibebaskan melalui air kencing. 

Perunding Shaklee Anda [ID:867123] | 013-2887852

Popular Posts