SOALAN LAZIM

Soalan Lazim 1: Healing Crisis (Krisis Penyembuhan)


Q: Apakah yang dimaksudkan dengan krisis penyembuhan?
A:Ia merupakan satu proses berterusan dalam badan yang mengambil masa untuk membersih dan membina semula sel-sel badan yang telah rosak akibat radikal bebas. Sebahagian dari proses ini akan mula untuk menyingkirkan toksin yang telah sekian lama terkumpul didalam badan sepanjang hidup.

Semasa proses penyingkiran toksin, badan anda akan mengalami tanda atau sintom yang membuatkan rasa tidak selesa, dan ia dipanggil sebagai krisis penyembuhan. Dalam perubatan China, penyembuhan terbaik sentiasa didahului dengan krisis penyembuhan.

Q:Mengapakah krisis penyembuhan selalu terjadi selepas mengambil makanan tambahan?
A:Menurut Professor Yoshio Niwa, seorang pakar dalam nutrisi molekul, apabila kita menambahkan pengambilan nutrien, nutrien itu akan bertindak balas dengan oksigen didalam badan. Dan tindak balas ini akan merangsang organ badan bagi menjalankan proses pembersihan, penyingkiran, menggantikan tisu yang lama dengan tisu yang baru dan lain-lain lagi dengan berkesan.
 
Sebagai contoh, anda akan mengalami ruam pada kulit, lebih banyak pergerakan usus, dan ini merupakan satu tanda bahawa badan sedang menjalani proses menyahtoksin. Bayangkanlah sekiranya badan anda seperti besi paip yang berkarat, dan bila anda meletakkan serbuk anti karat atau pencuci paip, banyak karat yang terhakis akan keluar daripada dinding paip tersebut, dan itu akan menyebabkan anda berasa lebih teruk serta banyak kotoran-kotoran yang terdapat di sekeliling paip itu. Tetapi selepas karat itu disingkirkan, paip tersebut akan menjadi lebih baik dan kembali bersih seperti baru.

Q:Adakah krisis penyembuhan petanda yang baik?
A:Ya. Krisis penyembuhan merupakan satu petanda yang menunjukkan rawatan atau makanan kesihatan yang diambil benar-benar berkesan. Sesetengah orang akan berfikir yang sintom mereka menjadi semakin teruk, tetapi hakikatnya ia adalah proses penyembuhan semulajadi dan ia ternyata petanda yang sangat baik untuk mendapatkan kesan krisis penyembuhan yang sebenar.

Umumnya, krisis penyembuhan hanya berlaku kepada orang yang sihat sepertimana daya tahan mereka masih cukup kuat untuk mendapat tindak balas dari perubahan biologikal semasa proses penyembuhan itu berlaku.

Q:Adakah setiap orang akan mengalami petanda dan sintom yang sama semasa krisis penyembuhan?
A:Setiap orang adalah berbeza. Sesetengah individu akan mengalami krisis penyembuhan sebaik sahaja mereka mengambil makanan tambahan dan mereka yang lain hanya akan merasai selepas satu atau dua bulan. Simptomnya seolah-olah seperti penyakit tetapi sebenarnya ia adalah tindakbalas tubuh akibat daripada penerimaan zat makanan. Kesannya juga berbeza. Lebih banyak toksin di dalam badan, lebih teruk lagi krisis penyembuhannya.

Q:Apakah punca healing crisis?
A:Ia berpunca daripada keasidan yang tinggi di dalam badan akibat daripada lebihan toksin.
 
Q:Secara umumnya, berapa lamakah tempoh bagi krisis penyembuhan ini?
A:Ia sebenarnya bergantung kepada keadaan kesihatan individu tersebut. ia mungkin mengambil masa dalam tempoh 2-3 hari atau mungkin berbulan lamanya.

Q:Ramai orang bertambah baik selepas mengambil makanan tambahan, tetapi walaupun saya masih mengambil makanan tambahan, saya masih lagi tidak merasai sebarang perubahan. Mengapa?
A: Secara umumnya, selepas 1-2 bulan pengambilan makanan tambahan,anda sepatutnya telah merasai perbezaannya (cth. Tenaga bertambah, pergerakan sistem usus yang lebih baik, dll.) sekiranya tiada sebarang peningkatan, anda berkemungkinan mempunyai masalah seperti:
  •  Tidak mengamalkannya setiap hari
  •  Tidak mengikut dos yang telah di cadangkan
  •  Takut kepada krisis penyembuhan, lalu berhenti dari mengambilnya
  •  Pemakanan yang tidak sempurna serta mengamalkan gaya hidup yang tidak sihat
  •  Mengalami penyakit kronik yang memerlukan tempoh yang panjang untuk sembuh
  •  Mengalami keadaan yang kronik yang membuat anda hilang keyakinan dalam mana-mana rawatan   mahupun makanan tambahan
  •  Mengalami masalah emosi

 Q: Apa yang perlu saya buat ketika menghadapi healing crisis ini?
 A: Anda disarankan untuk bertenang & mengawal emosi, mengambil air yang mencukupi(sekurang-kurangnya 3L sehari) & teruskan pengambilan suppliment. Sekiranya masih demam & berlanjutan, segeralah berjumpa dengan doktor anda.

Soalan Lazim 2: Soalan-Soalan Popular Tentang Pengambilan Supplement


Q:Mengapa urin saya bertukar menjadi kekuningan selepas mengambil vitamin?
A:Ianya adalah kesan pengambilan B complex, vitamin ini adalah vitamin larut air.

Q:Mengapa susu saya bertukar kuning kehijauan?
A:Ia adalah kesan pengambilan B complex kerana vitamin B Complex adalah vitamin larut air.

Q:Saya mengalami pening-pening selepas mengambil vitamin ini, mengapa? Adakah tidak serasi?
A:Pengambilan vitamin memerlukan pengambilan air yang TIDAK kurang dari 2 liter. Ini kerana ia perlu agar vitamin dapat disalurkan ke seluruh tubuh dengan lancar. Rasa pening berlaku biasanya berpunca dari less water intake. Satu lagi adalah kerana, jika individu itu adalah pertama kali mengambil supplement, maka tubuh memerlukan 1-3 hari untuk menyesuaikan diri dengan zat yang diterima. (Ibaratkan seorang yang tidak punyai perabot di dalam rumahnya dan tiba-tiba datang orang menghantar perabot serta memenuhi ruang kekosongan dalam rumah, pastinya individu itu perlukan masa untuk menyesuaikan diri.). Hakikatnya keserasian memerlukan masa.


Q:Saya seorang yang kurang minum air kerana malas nak ke tandas, bolehkah saya mengambil supplement ini sebab mempunyai masalah buasir.
A:Tidak saya galakkan mereka yang kurang minum air mengambil supplement, ini kerana ia tidak dapat disalurkan dengan baik ke seluruh tubuh.

Q:Adakah vitamin ini membantu saya cepat sembuh dari penyakit yang saya alami?
A:Vitamin bukan dalam kumpulan ubat. Ianya sekadar supplement iaitu makanan tambahan yang mengisi ruang kekosongan dalam tubuh. Seterusnya ia membantu badan meningkatkan sistem imun dan secara langsung membantu tubuh melawan penyakit. Sekiranya penyakit yang kronik atau berlarutan maka memang memerlukan masa dan perlu mengambil antioksidan seperti ACE, Nutriferon ataupun Vivix untuk membantu meninggikan daya ketahanan tubuh. Tidak lupa doa serta tawakal pada Yang Esa.

Q:Bolehkah saya membeli sendiri vitamin di mana-mana sales branch Shaklee?
A:Boleh. Hanya walk in di mana-mana branch Shaklee dan gunakan ID Shaklee 933313. Sila hubungi saya di 018 270 4872 selepas itu untuk konsultasi percuma.

Q:Adakah normal bagi anak saya, setelah pengambilan vitamin, si kecil minum sedikit dan terus lena. Berbeza dengan sebelum ini, si kecil saya akan mengamuk dan asyik berjaga mahu menyusu.
A:Ibu-ibu yang mengambil vitamin dalam diet harian selain pengambilan makanan harian yang lengkap (tidak berdiet kerana kawalan makanan akan menggangu penghasilan susu) akan mendapati susunya akan bertambah pekat dan anak akan minum sedikit sahaja serta mudah lena. Apabila ini berlaku si ibu di sarankan mengepam sebaik sahaja si kecil lena. Agar penghasilan susu dengan lebih banyak dapat dihasilkan.

Q:Adakah vitamin Shaklee selamat diambil oleh ibu yang mengandung?
A:Ya boleh kerana ia adalah vitamin. Setiap ibu mengandung akan dibekalkan oleh doktor vitamin demi memastikan si ibu dan anak sihat dan selamat semasa proses kelahiran.

Q:Apakah vitamin yang baik untuk diambil oleh ibu yang menyusu?
A:Secara asasnya saya sarankan anda mengambil set Family Wellness Program yang terdiri daripada Vitalea, B Complex, Vitamin C dan ESP. Untuk kesan optimum, boleh tambahkan Alfalfa dan/atau Ostematrix.

Q:Mengapakah saya mudah rasa lapar setelah mengambil vitamin? Saya takut saya akan gemuk. Adakah saya mempunyai potensi untuk gemuk?
 A:Pengambilan B Complex dan Multivitamin boleh membuatkan seseorang itu mudah merasa lapar. Ini kerana B Complex berfungsi membakar glukos untuk menghasilkan tenaga. Rasa lapar itu adalah salah satu body sign yang bermaksud tubuh memerlukan gula untuk ditukarkan kepada tenaga.

Makanan yang dimakan akan ditukar segera kepada tenaga, itu sebabnya mengapa mereka yang mengambil B Complex akan sentiasa rasa bertenaga. Walaubagaimanapun ada sesetengah individu tidak dapat mengawal nafsu makannya.Ini yang boleh menyebabkan ketidakseimbangan berat badan dengan ketinggian seseorang. Pastikan anda mengambil 3 meal sehari dengan masa yang teratur dan jika terasa lapar di antara waktu tersebut, cubalah makan buah-buahan atau makanan yang kaya dengan serat supaya tidak mudah mengalami kegemukkan.


Pastikan anda mengambil B Complex dan Multivitamin(Vitalea) selepas makan untuk mengelak daripada pedih ulu hati, muntah-muntah serta cirit-birit.

Perlukan info lanjut? Hubungi saya sekarang. Saya sedia membantu anda.

Shaza Shaari
013-2887852
Your Trusted SHAKLEE Independent Distributor [ID:867123]



No comments:

Post a Comment

Popular Posts