Haaa biasa tak dengar rungutan-rungutan ni?
Haippp...cuba selidik punca & periksa cara pengambilan kita dulu sebelum nak salahkan vitamin tu.
Kalau la vitamin tu hidup, tak ke kecik hati dia dengar...
Moh kita tengok tang mana salah silap kita...
5 Sebab utama vitamin lambat berkesan:
1. Tak suka minum Air Putih
Inilah masalahnya ramai yang ada masalah untuk amalkan minum air putih dan tetapi lebih suka yang bewarna dan berperisa.
FAKTA:
Air yang manis boleh meningkatkan kepekatan darah serta menyebabkan kegemukan.
SARANAN:
Saya
sarankan amalkanlah banyak minum air putih apabila mengamalkan
pengambilan vitamin supaya penyerapan vitamin oleh tubuh berlaku dengan
lebih baik.
PETUA:
Untuk
memastikan pengambilan air mencukupi, cuba minum 2 gelas air sebelum
atau selepas solat...lima kali solat, cukuplah 10 gelas.
2. Makan vitamin secara banyak sekaligus pada satu masa.
Saya tahu
anda suka makan vitamin tapi pandai-pandailah aturkan atau minta nasihat daripada Pengedar Shaklee yang dipercayai untuk dos pengambilan yang sesuai. Saya bagi contoh macam makan
ubatlah..anda patuh jer saranan doktor kan contohnya 1 biji 3 kali sehari
(anda patuh dgn arahannya kan)
FAKTA:
Apabila anda
makan semua vitamin secara sekaligus, ini meningkatkan kepekatan darah
kita hanya pada masa-masa tertentu. Ramai yang suka amalkan ini apabila
waktu hendak tidur sedangkan pada masa selepas itu kita akan kurang
minum air.
SARANAN:
Cubalah
agih-agihkan pengambilan vitamin anda mengikut kesesuaian dan keperluan
anda agar kepekatan darah tidak meningkat secara mendadak pada satu satu
masa. Ini juga membantu agar buah pinggang tidak terlalu dibebani pada
satu satu masa tertentu sahaja.
3. Elakkan pengambilan vitamin bersama ubat.
Sekiranya
anda dalam pemantauan doktor atas masalah kesihatan, elakkan mengambil
ubat secara serentak dengan pengambilan vitamin .
FAKTA:
Ini kerana kesannya akan menyebabkan darah bercelaru dan tidak dapat menyerap vitamin dengan baik.
SARANAN:
Cuba
sediakan jadual, sekiranya selepas makan pagi anda mengambil ubat doktor
maka anda boleh amalkan vitamin pada waktu tengahari atau malam. Namun
sekiranya anda perlu makan ubat secara berturutan, pagi dan petang, maka
amalkan vitamin selepas 1-2 jam selepas pengambilan ubat doktor.
4. Kurangkan pengambilan kafien dalam diet harian.
Alamak...ini yang tak best dengar ni kan!mana boleh tak minum kopi rasa tak bertenaga untuk memulakan hari.
FAKTA:
Sebenarnya
pengambilan kafien boleh merosakkan vitamin yang sedia ada dalam badan.
Maka pengambilan minum yang berkafien yang tinggi secara berterusan
boleh membazirkan vitamin yang kita amalkan selama ini. Maka kita tidak
akan mendapat kesan seperti yang diharapkan sama sekali disebabkan
vitamin rosak disebabkan pengambilan kafien secara berterusan.
SARANAN:
Cubalah
untuk kurangkan pengambilan kafien..contohnya kalau dulu minum 3 cawan
sehari..kurangkan 1 cawan sehari..kemudian perlahan2 anda akan terus
melupakan minuman kesanyangan anda itu..
5. Makan Vitamin Tanpa Ilmu Yang Betul.
Makan Vitamin mesti tahu caranya kerana ada sesetengah vitamin tidak boleh dimakan pada masa yang sama.
FAKTA:
Multivitamin
yang lengkap dengan zat besi seperti Vitalea tidak boleh diambil
bersama air susu kerana ia akan mengganggu penyerapan zat besi itu
sendiri.
Alfalfa Complex pula tidak digalakkan untuk diambil bersama vitamin E atas alasan yang sama.
SARANAN:
Adalah penting sewaktu membuat keputusan membeli mesti mengambil kira perkara-perkara berikut
-Vitamin itu HALAL
-Vitamin itu mendapat pengesahan KKM
-Vitamin itu SELAMAT
-Vitamin itu SEMULAJADI
-Vitamin itu BERKESAN
No comments:
Post a Comment