Thursday, 28 August 2014

Cadangan Waktu Pengambilan Supplement/Vitamin

Untuk artikel sulung ni, saya nak berkongsi tips untuk waktu pengambilan vitamin/supplement ni.
Soalan-soalan macam ni memang glemer terutama bagi yang baru-baru nak amalkan vitamin ni.
sebenarnya, pengambilan makanan tambahan ni bergantung kepada aturan waktu kita cuma apa yang bakal saya kongsikan ni adalah waktu-waktu & cara-cara pengambilan yang lebih efektif.
Ada yang bersungut...
"Makan supplement dah berbotol-botol, tapi kesannya tak ketara pun"
Jom kita semak cara pengambilan makanan tambahan yang betul:

Vitamin Larut Air (B dan C)
Seeloknya diambil bersama segelas air dan elakkan pengambilan bersama makanan berlemak/berminyak. 

Vitamin LARUT lemak (A,D,E,K) 
Vitamin larut lemak memerlukan lemak untuk memudahkan penyerapan. Sebaiknya diambil selepas anda mengambil makanan berlemak/berminyak. 

Ostematrix (Kalsium)
Seeloknya diambil bersama minuman bersusu, atau diambil sebelum tidur. Sebagaimana susu dikatakan sebagai minuman untuk membantu kita tidur, kalsium dikatakan ada fungsi yang sama.

Lecithin 
Diambil bersama2 vitamin larut lemak lain.



Apa yang tidak digalakkan

  • Mengambil alfalfa bersama-sama vitamin E kerana ia boleh mengganggu penyerapan alfalfa
  • Mengambil supplement zat besi (Vitalea) bersama-sama Ostematrix kerana zat besi boleh mengganggu penyerapan kalsium. Oleh itu jika boleh, ambil kedua2nya pada masa berlainan untuk mengelakkan gangguan penyerapan di antara kedua-duanya. 
  • Pengambilan vitamin disarankan pada waktu selepas makan bagi membantu penyerapan. Ambillah vitamin & mineral dalam kadar yang telah dicadangkan, kerana pengambilan vitamin/mineral yang berlebihan, terutama vitamin larut lemak boleh membahayakan kesihatan kerana ia disimpan di dalam badan dan boleh menjadi toksin.
  • Elakkan pengambilan multvitamin yang mengandungi zat besi diambil bersama minuman tenusu seperti susu kerana ia akan mengurangkan eficiency penyerapan zat besi oleh tubuh kita. 
Sekiranya anda merasakan praktik anda mengambil vitamin sekarang tidak mendatangkan kesan yang memuaskan, anda boleh cuba mengambilnya mengikut cadangan di atas. Walau bagaimanapun, ia bukanlah muktamad dan masih bergantung kepada tubuh badan kita.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts