Kenali kolagen
Kolagen adalah protein utama bagi tisu sokongan dalam badan manusia.
Kewujudannya merangkumi 30% daripada keseluruhan protin di dalam
badan. Ia menyokong sebahagian besar sel-sel yang memberikan
struktur, kekuatan dan kekenyalan kulit dan tisu badan.
Kolagen
disusun tiga rantai polipetida (monomer protein) yang terpilih
membentuk rangkaian triple helix (pilihan ganda tiga). Segmen kecil
dari tiap rantai mempunyai panjang asid amino sebanyak 1.000-an dan ini
merupakan penemuan terpenting abad ini.
Kolagen terdapat pada,kornea, kanta mata. kulit, salurdarah, keratin
(rambut, kuku), tulang, tendon ,rawan sendi, dan gigi,hati,tulang
sum-sum dan tisu dan organ seperti buah pinggang,jantung serta sistem
limfatik.
Terdapat 29 jenis kolagen namun 90% adalah dari jenis kolagen I, II, III dan 1V
Kolagen I terdapat pada kulit, tendon, pembuluh darah, ligatur, organ, tulang (komponen utama tulang) dan gigi
Kolagen II tulang rawan (komponen utama tulang rawan) ,mata
Kolagen III reticulate (komponen utama retikuler serat). Rangkaian
ini bertindak sebagai penyokong dalam tissue lembut seperti
hati,jantung, tulang sumsum,arteri,kulit,usus,rahim
Kolagen IV membentuk asas kepada sel membran dasar(serat yang
melapisi permukaan rongga dan organ seperti buah pinggang ) kanta mata,
atau endothelium yang melapisi permukaan interior pembuluh darah.
Kolagen V permukaan sel, rambut dan uri.
Fungsi Kolagen
- Menghasilkan asid amino penting seperti :
- lysin,prolin dan glysin yang secara khusus diperlukan oleh tubuh untuk membina struktur tisu penyokong, dan untuk mengawal fungsi sel.
- hydroxyprolin-memberi kekuatan dan keanjalan pada tisu penyokong dan tulang glisin -melembapan kulit.
- alanin, prolin dan asparagin -menstabilkan struktur,melembap, menegang dan menganjalkan kulit lantas mengekalkan kulit cantik serta menghalang penuaan.
- arginin -memudahkan tidur nyenyak, menghasilkan pola tidur.
- mengawal metabolisme tubuh dengan mencerna secara enzimatik.
- melindungi tulang rawan pada sendi daripada enzim dan kerosakan oksidatif .
- menegang,menganjal dan melembapkan kulit.
- menampung air dalam tubuh.
- meningkatkan penyerapan kalsium.
- menguatkan salur darah dan melancarkan pengaliran darah di bawah lapisan kulit
- meningkatkan isyarat induksi
- menghasilkan kualiti rambut dan kuku yang baik
Kepentingan kolagen pada badan
- memelihara ketegangan dan keanjalan kulit
- memelihara kelembapan kulit
- menyokong baikpulih tisu dari kecederaan otot dan tulang
- menguatkan otot dan tulang
- membantu hati dalam proses detoksifikasi(buang toksin)
- memelihara kelenturan sendi
- mengurangkan keradangan(inflammation)
- memberi tenaga
- membantu pola tidur
- memulihkan penyakit saraf dengan membina semula lapisan protin pada saraf
Kesan kekurangan kolagen dalam badan
Penghasilan kolagen berkurangan dengan kadar 1.5% pada setiap tahun
selepas usia 25 tahun.Kesan pengurangannya mula dirasai antara 10 tahun
kemudian. Selepas usia 45-50 tahun, badan kita akan kehilangan hampir
separuh daripada kolagen yang ada. Jadi semakin tua, semakin
berkurangan kolagen dalam badan.
Oleh itu kolagen diambil sebagai makanan kesihatan untuk pelbagai
penyakit seperti osteoarthritis(sakit sendi), osteoporosis,
arteriosclerosis selain untuk kegunaan kosmetik dan pelembab kulit.
Tanda-tanda badan kekurangan kolagen
- Garis-garis kesan ketawa, kedutan, lingkaran hitam bawah mata, kesan bengkak bawah mata (eyes bag), penglihatan kabur.
- Gusi yang tidak sihat.
- Garis halus kelihatan pada leher.
- Payudara dan punggung kendur.
- Kuku senang pecah, pudar dan kekuningan.
- Rambut menjadi kering dan bercabang di hujung.
- Liang roma menjadi lebih besar, pigmentasi, jeragat, kulit kekuningan.
- Kulit hilang keanjalan, lebih kering, kelihatan tua dari umur sebenar, organ dalaman tidak berfungsi dengan berkesan.
- Kehilangan kalsium, sakit belakang, sakit sendi.
Perunding SHAKLEE Anda [ID:867123] | 013-2887852 |
No comments:
Post a Comment