Monday 8 December 2014

Apa Terjadi Jika Minum Air Kosong Ketika Bangun Pagi?

Kajian saintis menunjukkan pengambilan air kosong sejurus selepas bangun tidur mempunyai banyak manfaat kesihatan dan terbukti membantu penyembuhan penyakit-penyakit serius. 

Diantara penyakit yang termasuk dalam penyelidikan tersebut ialah sakit kepala, sakit-sakit badan, sistem jantung, artritis, degupan jantung yang pantas, epilepsi, lemak berlebihan, bronkitis, tibi, meningitis, buah pinggang, sembelit dan jangkitan pada air kencing.



Apa lagi kelebihan minum air kosong ketika waktu pagi?

1. Menggantikan kandungan air dalam badan.
Kira-kira 450ml air akan dibebaskan daripada tubuh kita ketika tidur yang menyebabkan kekurangan air. Oleh itu, tubuh manusia akan kekurangan air semasa bangun tidur. Lebih banyak air akan terhidrat jika tidur menggunakan penghawa dingin. Minum air pada waktu pagi akan menggantikan kandungan air yang terbebas ini.

2. Mencegah masalah sembelit.
Minum air selepas bangun tidur menggalakkan peristalsis, melembapkan gastrousus dan mencegah masalah sembelit. Kalau minum air suam, lagi cepat la 'proses pembuangan' berlaku.

3. Membersihkan gastrousus.
Lazimnya perut kita kosong semasa bangun tidur. Oleh itu, minum air pada ketika ini akan membersihkan gastrousus dan mengurangkan kepekatan asid perut. Gastrousus akan berada dalam keadaan optimal.

4. Kecantikan kulit 
Selepas menyuburkan sel-sel anda, air minuman selepas bangun dari tidur akan menyahkeluartoksin yang tidak diingini daripada badan anda. Ketika anda sedang tidur proses pembaikan akan berlaku, memulihkan tenaga dan menstabilkan hormon. Hasilnya ialah toksin dan bahan buangan lain yang dilepaskan dan menunggu untuk mengalir keluar. Minum 2 gelas air membantu menyahkeluar toksin ini dan nutrisi daripada sarapan yg diambil boleh diserap lebih baik. Kulit juga akan menjadi lebih bersih dan bertenaga.

5. Kurus
Air yang diminum sebaik sahaja bangun dari tidur akan diangkut ke seluruh badan. Ia meningkatkan metabolisme badan*, memecahkan lemak serta meningkatkan potensi pembakaran kalori.

*Minum lebih kurang 500ml air sejuk di waktu pagi (ketika perut kosong) meningkatkan 24%  metabolisme badan.

6Menyegarkan minda.
Air yang diminum sebaik sahaja bangun dari tidur akan mudah diserap ke dalam darah melalui kapilari darah usus. Ini akan mengurangkan kepekatan darah dan menambahkan jumlah darah dalam badan. Peredaran darah akan menjadi lebih lancar dan menyegarkan minda kita dengan cepat kerana air menyalurkan oksigen ke otak.

~ Alhamdulillah, dalam beberapa bulan ni dah amalkan. Selain tu, saya amalkan supplement seperti vitamin B Complex, C, E Complex, Omega Guard, ESP dan juga air teh hijau 2 kali sehari . Memang sangat membantu memulihkan masalah jerawat dan berat badan berlebihan. Cuba la...


Perunding Shaklee Anda [ID:867123] | 013-2887852

No comments:

Post a Comment

Popular Posts